tertawalah selagi bisa tertawa
tersenyumlah selagi bisa tersenyum
hargailah selagi bisa menghargai
sayangilah selagi bisa menyayangi
bersyukurlah :)
Berfikir sejenak
8:46 PM :D
Dalam segenap suasana tanpa suara
Hati-hati kita tidak bisu,
sepastinya milikku yang sentiasa bicara
entahkan tidak entahkan ya
Dan bicaramu semalam
mengingatkanku agar
terus berserah
sabar, menanti natijahNya
Tidak mengapa
:)
Berfikir sejenak
8:41 AM :D
Yang menjadikan aku gila itu
segalanya kerana naluri semulajadi
seorang wanita yang tidak bisa berbicara dengan kata-kata
Berpijak di bumi yang nyata
menyedarkan bahawa kewarasan menjadikan dunia
ternyata tidak serumit itu
jika sesuatu itu terasa sukar
berserahlah
mintalah kepadaNya
agar dilindungi dari musibah
diberikan pertolongan dan petunjuk tiada terputus
dan kepada mereka yang memandang sebelah mata
renung tepat ke mata mereka
dan katakan
Peduli Apa
bila yang berkuasa itu
hanya diriNya
yang lain
tidak bermakna apa-apa
syukur kerana bersamaNya
aku masih mampu mewaraskan diri yang hampir gila
dek pandangan mereka-mereka yang sememangnya sudah gila
Alhamdulillah
Berfikir sejenak
3:04 PM :D
Lalu apa bisa diperbuat pabila yang tersurat itu belum nyata
Lalu apa bisa diperbuat pabila yang dikurnia itu mencabar layaknya
Lalu apa bisa diperbuat pabila yang terkisah itu perlu perjalanan yang masih lama
Ombak yang tidak pernah luput dari pantai hendaknya
Yang masih terasa walau entah mengapa dan bagaimana
Selagi angin dan dan pasir tiada tanda akan berubah
Deruan yang terus berdesir tanpa mengenal erti lelah
Berfikir sejenak
2:58 PM :D
Mengira detik
Menghitung saat
Menanti masa
Menunggu waktu
Luput
Luput
Luput
Berfikir sejenak
11:39 PM :D
Ada yang jatuh cinta dalam masa tidak sampai seminit
Ada yang jatuh cinta dalam masa sehari
Ada yang jatuh cinta dalam masa seminggu
Ada yang jatuh cinta dalam masa sebulan
Ada yang jatuh cinta dalam masa setahun
Ada yang putus cinta juga dalam masa seminit
Ada yang putus cinta juga dalam masa sehari
Ada yang putus cinta juga dalam masa seminggu
Ada yang putus cinta juga dalam masa sebulan
Ada yang putus cinta juga dalam masa setahun
Andainya segalanya semudah itu
Andainya segalanya sekejam itu
Andainya segalanya secepat itu
Andainya segalanya sejelas itu
Andainya segalanya sepasti itu
Bukankah lebih mudah untuk hati berbicara
Bukankah lebih mudah untuk lidah menyusun kata
Bukankah lebih mudah untuk minda memutus langkah
Bukankah lebih mudah untuk benak melupakan segala
Bukanlah lebih mudah untuk jiwa meluputkan kenangan indah
Bukankah lebih mudah
Berfikir sejenak
11:23 PM :D
Pabila semua tenang dan tepat
Berfikir sejenak
10:11 AM :D
Ciri-ciri seorang sahabat yang baik:1) Sentiasa sudi mendengar luahan hati
2) Meraikan sama di saat gembira
3) Sangat-sangat prihatin dan mengambil berat ketika temannya dirundungi masalah
4) Berinisiatif untuk meluangkan masa tidak kira betapa sibuk sekalipun
5) Ikhlas berada di sisi
"Seorang SAHABAT ialah anugerah yang amat-amat berharga dalam kehidupan."
:)
Berfikir sejenak
10:00 AM :D