Khatulisjiwa Khayalz



Thursday, August 31, 2006


Remaja & Teori Tipu saya

Sebelum saya memilih bahan sastera yang sesuai bagi remaja untuk dikongsi, saya rasa adalah baik jika saya cuba mentakrifkan soalan yang diajukan Dr. Razif dalam kuliah tempoh hari:

"Siapa itu remaja?"

Video berikut menarik perhatian saya.



atau mungkin lirik lagu di lelaman ini akan dapat membantu menjelaskan lagi video tersebut: http://ccc.1asphost.com/myelirik/lyrics.asp?id=1750

Pada sudut permukaannya lagu Tipah Tertipu ini adalah tentang seorang wanita yang ditipu oleh seorang lelaki (Jefry) dan akhirnya ingin menipu seorang lelaki yang tidak bersalah (Ali Setan) sebagai jalan penyelesaiannya setelah dia mengandung anak luar nikah. Watak Tipah itu digambarkan sebagai seorang yang naive tetapi cunning dalam tindakannya. Pada masa yang sama, muzik video dan lirik lagunya telah membuatkan saya terfikir... Ya beginilah remaja sekarang ini. Boleh didefinisikan dengan tiga kekata

DITIPU
MENIPU
TERTIPU

1) DITIPU diri sendiri.

Remaja sentiasa melalui pergolakan emosi. Lazimnya mereka berfikir dan bertindak secara tidak rasional atau melulu. Terlalu ikutkan perasaan. Sebenarnya apa yang dilakukan atau dikatakan remaja itu diketahuinya sebagai suatu yang salah atau harus dihindari tetapi remaja itu tetap tegar dengan tindakannya itu kerana DITIPU oleh perasaannya sendiri. Emosi yang terlalu ingin "terikut-ikut" atau perasaan yang terlalu emosional sehingga emosi itu mengelabui mindanya.

2) MENIPU - Berani (suatu reaksi kepada pergolakan emosi mereka)

Mereka telah ditipu perasaan atau emosi mereka sendiri. Akibatnya, mereka bertindak untuk menipu dunia dengan memaparkan keberanian mereka. Maka mereka menjadi berani dan tidak mempedulikan apa yang difikirkan orang sekeliling. Saya teringat satu dialog oleh seorang lelaki remaja dalam telefilem Hanyut yang pernah disiarkan Suria:

"Kau bilang aku, siapa berani control aku?"

Saya cukup tertarik dengan apa yang dikongsi Dr. Razif semasa kuliah tempoh hari, iaitu tentang murid sekolah menengah yang sungguh bersahaja itu. Saya rasa pemerhatian itu terhadap remaja memang bukan sesuatu yang menghairankan. Ibu saya pernah menceritakan saya tentang suatu ketika semasa bulan puasa di mana dia terlihat dua orang remaja meneguk air tin dan menghisap rokok tanpa segan-silu. Bukan setakat itu, reaksi mereka semasa ibu saya memandang mereka menggambarkan sikap remaja zaman ini, iaitu mereka merenung wajah ibu saya dengan tajam dan berkata, "Apa tengok-tengok?!" (dengan nada yang cukup tinggi, seolah-olah menengking). Semasa ibu saya mengungkap peristiwa itu kepada saya, saya bukan sahaja terkejut tetapi berasa marah. Apakah mereka tidak punya rasa hormat langsung? Jika mereka tidak menghormati kesucian bulan puasa, saya tidak boleh berkata apa, tetapi sikap mereka terhadap ibu saya membuatkan saya geram tetapi setelah berfikir sejenak, timbul suatu pemikiran di benak saya. Mereka ini berani.

Mungkin dalam fikiran mereka cuma ada dua kekata

PEDULI APA

Namun, pada hakikatnya, keberanian yang mereka paparkan itu hanya satu perisai untuk menyembunyikan vulnerability yang mereka pendamkan, seperti yang saya katakan dalam DITIPU tadi.

Walau bagaimanapun, sebagai seorang yang masih di alam remaja... ;) Saya rasa keberanian dan pemikiran sebegitu timbul kerana remaja sedang melalui satu lingkungan usia pertengahan kehidupan. Bukan kanak-kanak dan belum dewasa.

Mereka sedang menerokai semesta manusia, menjelajahi dunia yang terbentang luas di hadapan mereka dan mencari erti kehidupan.

Ya, pendek kata, MENCARI DIRI

Sejajar dengan pencarian diri itu, mereka sedang dalam Krisis Kehidupan yang paling Kusut.

3) TERTIPU - oleh keadaan sekeliling

Kekusutan itu ditambahkan lagi dengan gejala negatif yang berligar di sekeliling mereka. Pengaruh media massa dan kawan-kawan. Jika tidak berhati-hati. Mereka akan TERTIPU.

Apa yang saya maksudkan adalah apabila mereka terjerumus dalam kancah yang tidak diingini seperti seks luar nikah, mencacar tubuh dan sebagainya.

Tetapi tidak semua remaja begini. Ada remaja yang lebih matang, mampu untuk menjadi seorang individu harapan bangsa. Golongan sebegini sempat menyelamatkan diri mereka daripada terus MENIPU dan TERTIPU walaupun mungkin tidak dapat melepaskan diri dari DITIPU.

Wujudnya dua kelompok remaja, satu yang TAK BOLEH DIHARAP dan HARAPAN BANGSA ini akan saya cuba paparkan dalam karya-karya atau bahan sastera yang akan saya kongsi dalam entry-entry saya kelak, dalam masa terdekat ini.

Kalau saya mempunyai peluang untuk mendekati remaja, mungkin murid-murid saya di masa hadapan, ingin saya dorongi mereka supaya mengenali siapa diri mereka terlebih dahulu. Mungkin saya boleh memaparkan video dan/atau lirik lagu di atas itu dan mendapatkan reaksi mereka. Pasti menarik bukan?

Akhir kata, buat remaja-remaja di luar sana, nasihat saya
Bangkitlah. Kawal diri. Jangan cepat menjadi mangsa mainan emosi - TIPU... kerana, di akhirnya,

"tiada siapa yang boleh tolong melainkan tuan punya body...."



Berfikir sejenak 10:14 PM :D



aKu

Khayalz

*hanya aku, jiwaku dan Dia*

"Duduk di atas batu seperti ini, dikitari sunyi dan derai angin,
gemericik air, suara belalang dan jangkerik,
aku merasa tengah duduk di atas singgahsanaku sendiri yang telah begitu kukenal.
Singgahsana dalam kerajaan khayal.
Singgahsana kemilau cahaya yang telah ditinggalkan oleh si buta
bersama rahsia kebebasan dan kemerdekaannya.
Pernahkah mereka berpikir bahawa semua anak punya rahsia itu adalah kerajaan megahku,
di mana dapat kuperintah segenap pasukanku dengan kuasa dan kemampuanku dalam meniru kebijaksanaan Ratu Balqis?"
.:Perempuan Berkalung Sorban:.

::Khatulisjiwa::

Suatu penelusuran madah bicaraku, merentasi sempadan khatulistiwa jiwa
Biar pengalaman diriKu menjadi saksi


Santapan minda


Mawar Shafie
Isa Kamari
Marsli N.O
Cikgu Pitchay Gani
Teratak Anna Abadi




Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com