Khatulisjiwa Khayalz



Monday, November 13, 2006


Apresiasi Puisi Rendra, Doa Orang Lapar

Sejurus selepas terbaca tajuk puisi tersebut, sudah terbayang di benak saya tiga kekata melalui konotasi kata Lapar yakni - kemiskinan, kesengsaraan dan keterdesakan.

Ingin saya tukil beberapa baris dari puisi tersebut:

Kelaparan adalah batu-batu karang
di bawah wajah laut yang tidur.
adalah mata penipuan...
meletakkan kehormatannya di tanah
karena kelaparan.
Kelaparan adalah iblis...
Kelaparan adalah tangan-tangan hitam
yang memasukkan segenggam tawas dalam perut para miskin.

Apa yang digambarkan melalui kekata "batu-batu karang" itu saya intepretasikan sebagai tersembunyinya kemiskinan dan kesengsaraan dari pengetahuan masyarakat atau sengaja diabaikan oleh anggota masyarakat yang tidak mengalaminya. Ini kerana batu-batu karang seperti yang kita ketahui terdapat di dasar lautan dan tidak kelihatan dengan mudah. Dari permukaan air. Di samping itu, batu-batu karang juga membawa konotasi jangka waktu yang lama, iaitu kemiskinan itu telah wujud sedemikian lama walaupun tidak diberikan perhatian yang sewajarnya.

"mata air penipuan" pula menunjukkan kehadiran kemiskinan yang bisa wujud di mana-mana sahaja sekalipun tanpa diduga. Ini kerana mata air seperti yang kita ketahui datang dari permukaan tanah, suatu kemunculan yang boleh dianggap agak ganjil. Apa yang dimaksudkan dengan penipuan pula barangkali dapat dikaitkan dengan kemiskinan dan kemelaratan yang wujud di Indonesia, sekalipun di tengah-tengah bandar. Sejajar dengan ini, saya teringat akan pembentangan kumpulan Raihana dalam kelas AAF202 bagi puisi-puisi Rendra tempoh hari. Saya teringat akan contoh-contoh yang diungkapkan Zakiah tentang ironisnya hakikat tentang wujudnya kemiskinan di suatu tempat yang terletak di tengah. Apa yang ironisnya ialah, di suatu daerah, Indonesia kelihatan begitu gah dan maju tetapi di suatu daerah yang lain pula wujud kemiskinan yang begitu ekstrim berbanding dengan kemajuan yang disebutkan tadi. Ini dapat dilihat contohnya melalui gambar yang berikut yang mana rumah-rumah setinggan yang kotor dan kelihatan begitu terabai.


http://dev.wsws.org/news/1998/dec1998/pap-d01.shtml


"meletakkan kehormatannya di tanah" pula saya intepretasikan sebagai keterdesakan orang-orang yang miskin sehingga terpaksa menjerumuskan diri dalam kancah atau gejala yang tidak baik seperti pelacuran dan sebagainya. Saya teringat satu siri Get Real! tentang kemiskinan di Batam yang pernah saya tontoni. Dalam rencara tersebut, beberapa pelacur semuda 12 dan 13 tahun yang terpaksa menggadaikan maruah atau kehormatan mereka dalam kancah pelacuran akibat keadaan hidup keluarga mereka yang terdesak.

Kelaparan atau kemiskinan juga digambarkan dengan konotasi "iblis", mungkin kerana kekejamannya dalam menghancurkan kehidupan seseorang itu. Manakala "memasukkan segenggam tawas" dalam puisi ini pula menunjukkan tentang penderitaan yang terpaksa dialami oleh golongan tersebut. Ini kerana tawas merujuk kepada suatu bahan yang dapat memaksa seseorang itu untuk muntah akibat rasa mual yang datang dari tawas tersebut.

Lantas apa yang digambarkan melalui puisi ini ialah kemiskinan, kesengsaraan dan keterdesakan hidup golongan tertentu dalam masyarakat Indonesia yang seringkali diabaikan. Ini merupakan situasi yang berlaku di Indonesia dari dahulu hingga kini. Saya cukup simpati dengan nasib golongan ini yang tidak juga berubah zaman demi zaman. Golongan yang kadangkala diistilahkan sebagai "little people" ini jarang diberi perhatian oleh pemerintah Indonesia. Ternyata walaupun pemerintahan Indonesia telah bertukar tangan dari satu pemerintah ke pemerintah yang lainnya, suara mereka tetap tidak didengari dan mereka tetap dengan kemelaratan hidup yang dialami itu. :(





Berfikir sejenak 4:55 PM :D



aKu

Khayalz

*hanya aku, jiwaku dan Dia*

"Duduk di atas batu seperti ini, dikitari sunyi dan derai angin,
gemericik air, suara belalang dan jangkerik,
aku merasa tengah duduk di atas singgahsanaku sendiri yang telah begitu kukenal.
Singgahsana dalam kerajaan khayal.
Singgahsana kemilau cahaya yang telah ditinggalkan oleh si buta
bersama rahsia kebebasan dan kemerdekaannya.
Pernahkah mereka berpikir bahawa semua anak punya rahsia itu adalah kerajaan megahku,
di mana dapat kuperintah segenap pasukanku dengan kuasa dan kemampuanku dalam meniru kebijaksanaan Ratu Balqis?"
.:Perempuan Berkalung Sorban:.

::Khatulisjiwa::

Suatu penelusuran madah bicaraku, merentasi sempadan khatulistiwa jiwa
Biar pengalaman diriKu menjadi saksi


Santapan minda


Mawar Shafie
Isa Kamari
Marsli N.O
Cikgu Pitchay Gani
Teratak Anna Abadi




Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com