Asian Idol yang pertama - Hady Mirza, Singapore Idol. 16 Disember 2007
Saya rasa keputusan yang diumumkan semalam merupakan suatu yang tidak dijangkakan ramai, namun sememangnya ia merupakan satu kejutan yang manis dan membanggakan buat Singapura. Apa tidaknya, saya sendiri, malam sebelumnya dan malam semalam, saya dan Z (rakan gosip yang tidakasing lagi hehe) tidak dapat menghindari daripada mengsms tentang kekecewaan berkenaan nyanyian Hady pada malam Persembahan tempoh hari.
Bukannya apa, saya rasa pemilihan lagu keduanya iaitu Beautiful Day merupakan satu pemilihan yang kurang tepat. Malah, kami pasti sekiranya Hady memilih untuk menyanyikan lagu You Give Me Wingsnya, sudah pasti peluangnya untuk menyerlah, lebih meluas lagi. Sejujurnya, sebelum menonton Asian Idol pada hari Jumaat lagi, saya sudah merasakan bahawa peluang untuk Hady menang amat tipis, kerana saya pasti peserta-peserta lainnya bakal memberikan saingan yang hebat. Namun sebagai seorang warga Singapura, tidak dapat tidak, harapan untuk melihat nama Singapura diharumkan di pentas yang amat gah, tetap ada.
Namun demikian, lagu pertama, Berserah, yang Hady nyanyikan itu menyuntik rasa kebanggaan dan harapan yang tinggi buat Hady. Entah mengapa saya rasa terharu kerana Hady memilih untuk menyanyikan sebuah lagu Melayu sebagai lagu pertamanya di Asian Idol. Apalagi dengan penghayatan dan kelunakan suara Hady membawakan lagu Taufik Batisah itu, saya mula membina harapan bagi kemungkinan kemenangan Hady, cuba menyedapkan hati bahawa barangkali siapa tahu, ada peluangnya untuk menang. Seperti Hady, saya juga Berserah (redha....)
Walaubagaimanapun, saya tidak dapat menafikan bahawa saya berasa kecewa dengan persembahan keduanya kerna saya yakin Hady punya potensi jauh lebih besar daripada itu. Salah pilih lagulah! Saya merungut kepada Z dan ibu saya akan kesilapan pemilihan lagu tersebut, malah saya sempat mengatakan bahawa Hady seharusnya bersedia untuk mengemas begnya dan pulang kerana peluang untuk menang kini tidak mungkin tercapai (oops!). Dan semasa keputusan hampir diumumkan, Z sms saya mengatakan bahawa Hady harus bersedia untuk menangis (satu sindiran kerana kami betul-betul menjangkakan dia tidak akan menang berdasarkan persembahan keduanya ish ish). Ya, sesungguhnya, kami telah pasrah pada ketika itu.
Namun, la haula wala kuwwata illabillah! Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah.
"Ladies and gentlemen, Hady is our first asian idol from Singapore!"
MasyaAllah. Saya, ibu dan abang terdiam buat seketika di saat keputusan diumumkan (Salah kira tak?). Walaupun tidak percaya, rasa bangga dan gembira buat Idol kita tidak terhingga. Saya dan Z bukan sahaja tidak percaya dengan keputusan, malah bagaikan ingin menarik kembali kata-kata kami. Dengan kuasa tuhan, nampaknya Hady bukan menangis kerana kekecewaan tetapi beliau menangis kerana KEJAYAAN.
Mungkin ramai yang mempertikaikan kemenangan ini... Respon-respon di youtube dan sebagainya rata-ratanya hebat mempersoalkan keputusan tersebut, malah ada yang mengungkap kemungkinan bahawa barangkali kemenangan itu disebabkan oleh keberadaan warga Singapura, yang sanggup mengundi sebanyak mungkin bagi kemenangan Hady. Namun, saya rasa, katalah semahu mungkin, apapun jua, undian telah dibuat, keputusan telah diumumkan, suratanNya telah terpahat. Siapa dapat menduga?
Kemenangan Hady telah membuktikan bahawa apapun tidak mustahil jika memang telah ditakdirkanNya. If our Hady Mirza can win ASIA IDOL, nothing is impossible! (At last Singapore wins something BIG - history sey!) Hady boleh! Singapura boleh! Kita boleh! Hehe :D Tapi memang, TAHNIAH HADY, syabas di atas kejayaan ini, walau apapun kata orang, Hady telah membanggakan Singapura! Agaknya kalau boleh, seluruh Singapura nak sambut Hady pulang di lapangan terbang nanti untuk mengucapkan tahniah!
Justeru, sesuai dan memang tepat sekalilah jika ditukil sebahagian daripada lirik lagu yang dinyanyikan dalam lagu Berserah... Tuhanku Ku relakan segala Takkan pernah ku akui kalah Percaya ku yakin padanya Dia yang menentukan semua
Ku Berserah (saya pasti ini juga kata-kata hati Hady :))
"Duduk di atas batu seperti ini, dikitari sunyi dan derai angin,
gemericik air, suara belalang dan jangkerik,
aku merasa tengah duduk di atas singgahsanaku sendiri yang telah begitu kukenal.
Singgahsana dalam kerajaan khayal.
Singgahsana kemilau cahaya yang telah ditinggalkan oleh si buta
bersama rahsia kebebasan dan kemerdekaannya.
Pernahkah mereka berpikir bahawa semua anak punya rahsia itu adalah kerajaan megahku,
di mana dapat kuperintah segenap pasukanku dengan kuasa dan kemampuanku dalam meniru kebijaksanaan Ratu Balqis?"
.:Perempuan Berkalung Sorban:.
::Khatulisjiwa::
Suatu penelusuran madah bicaraku, merentasi sempadan khatulistiwa jiwa
Biar pengalaman diriKu menjadi saksi