Khatulisjiwa Khayalz



Sunday, December 02, 2007


Matahari Malam, 1 Disember 2007, The Arts House - Playden




Saya kagum dengan perspektif yang terlihat melalui pementasan ini. Walaupun persembahan teater tersebut disampaikan dalam masa sesingkat 1 jam sahaja, namun lima watak yang telah dipenakan Masuri S.N sememangnya amat menyerlah. Apalagi apabila diserlahkan lagi dengan penghayatan dan iltizam yang dipaparkan para pelakon dan kerjasama Belia Asas 50 dalam merealisasikan skrip Allahyarham, sekalipun jika terlihat keamaturan percubaan pertama itu. Namun, usaha dan daya mereka tidak dapat tidak harus ditabik sebagai suatu pemaparan wujudnya pelapis sastera Melayu dalam generasi kala ini.

Watak yang paling ketara jatuh kepada.... Watak lelaki yang berpakaian ala rockers itu. Ketaranya terletak kepada jiwa pemberontakan yang ada pada watak tersebut. Yang mana, baginya, daya pemikiran yang kritis itu penting dalam menilai kewujudan manusia dalam kehidupan. Namun bagi saya, kontradiksinya terletak pada pemaparan perawakan watak tersebut. Saya tidak fikir jiwa pemberontak sedemikian wujud dalam aura seseorang yang sedemikian rupa. Lebih sesuai jika dipaparkan dengan watak seorang yang berpakaian serba hitam atau serba merah tetapi neutral, bukan ala rockers atau apapun imejnya. Kerana jika ingin difikirkan generasi dewasa ini yang berperwatakan sedemikian bukanlah di kalangan mereka yang berperawakan sebegitu. Sebaliknya, mereka yang berperawakan sedemikian lebih laid-back. Atau mungkin yang cuba dipaparkan ialah pemberontakan secara senyap-senyap dalam jiwa generasi itu?

Dari segi penghayatan dan perlaksanaan watak pula saya rasa watak wanita ala pejuang feminisme itu paling berjaya dibawa - semulajadi, tenang dan jelas. Manakala, saya juga dapati kata-kata penyair pada akhir drama itu amat berjaya meninggalkan kesan. Ianya menghujahkan peranan, pandangan masyarakat terhadap golongan ini dan juga tekadnya.

"Aku tetap mencipta, selagi hayat dikandung badan"

Suatu kesungguhan yang sememangnya dimanifestasi dengan jelas jika kita kenang kembali jasa dan semangat Allahyarham Masuri Salikun sendiri yang 'masih hidup' sehingga kini dan saya percaya bakal terus berkumandang dengan galaknya sehingga ke masa akan datang.

InsyaAllah.

:)

Salam Khayalz

---

Pabila matahari terus bersinar dalam kerinduan malam...

Labels:




Berfikir sejenak 6:16 AM :D



aKu

Khayalz

*hanya aku, jiwaku dan Dia*

"Duduk di atas batu seperti ini, dikitari sunyi dan derai angin,
gemericik air, suara belalang dan jangkerik,
aku merasa tengah duduk di atas singgahsanaku sendiri yang telah begitu kukenal.
Singgahsana dalam kerajaan khayal.
Singgahsana kemilau cahaya yang telah ditinggalkan oleh si buta
bersama rahsia kebebasan dan kemerdekaannya.
Pernahkah mereka berpikir bahawa semua anak punya rahsia itu adalah kerajaan megahku,
di mana dapat kuperintah segenap pasukanku dengan kuasa dan kemampuanku dalam meniru kebijaksanaan Ratu Balqis?"
.:Perempuan Berkalung Sorban:.

::Khatulisjiwa::

Suatu penelusuran madah bicaraku, merentasi sempadan khatulistiwa jiwa
Biar pengalaman diriKu menjadi saksi


Santapan minda


Mawar Shafie
Isa Kamari
Marsli N.O
Cikgu Pitchay Gani
Teratak Anna Abadi




Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com