Khatulisjiwa Khayalz



Wednesday, April 23, 2008


Pencarian Permata di Jiwa....

Ketika ini, saya cukup bertuah kerana berpeluang melalui sebuah pengalaman manis dan Mengejutkan. Alunan Kasih. Sebuah pertandingan mencipta lagu bersempena dengan Maulidur Rasul tahun ini yang bertemakan Berdaya Tahan Mengharungi Cabaran. Pertandingan yang menawarkan tiga tema menarik - Cinta, Wanita dan Kehidupan.

Mengapa saya kata pengalaman manis dan Mengejutkan. Kerana sewaktu mendapat sms daripada seorang kenalan mengenai pertandingan tersebut, saya tidak terfikir sama sekali akan mengambil bahagian. Memang saya tidak nafikan bahawa faktor pertama yang menjadi daya tarikannya ialah $$$$ (hua hua hua. Bukannya apa... Al-maklumlah, di saat-saat sedang Sesak, di hujung2 tempoh perjuangan ini, mana-mana peluang untuk mendapatkan wang pasti akan disambar segera.) Tetapi itu hanya pada permulaannya sahaja... Kemudian terdetik dalam hati saya...

"Kalau kau boleh tulis tentang merepek-merepek. Boleh tulis tentang cinta. tentang hati dan perasaan, tentang apa sahaja yang membuatkan kau Terkesan, kalau tentang Rasulullah pula, mengapa tidak???"

Pendek kata, suara tersebut seolah-olah mencabar saya. Melihat sejauhmana saya mampu menarikan inspirasi yang teraih.

tentang Rasulullah.... hmmm...

MasyaAllah begitu banyak tentangnya yang indah-indah belaka, tetapi yang mana satu yang mengetuk pintu Sanubari dan menarikan irama inspirasi?

Pelik kan kita manusia ni, begitu mudah mengungkapkan rasa cinta kepada siapa dan apa sahaja dalam dunia ini tetapi tentang insan yang paling mulia di sisi Allah, astaghfirullah, termangu-mangu seolah-olah tidak mengenalinya. Demikian apa yang saya lalui. Sedangkan sejak kecil lagi, telah dilengkapkan ilmu tentang keindahannya. Justeru saya mula mencari.

Saya cari buku-buku tentang Rasulullah di perpustakaan (semangat ah konon). Saya mahu berkenalan dengan Baginda kembali. Dan syukur Alhamdulillah, saya diberikan petunjukNya untuk terbaca dan menemui cahaya yang didamba. Cahaya yang menyuluhkan agar saya dapat lebih mengenali dan jatuh cinta dengan KekasihNya.


Laa Tahzan Innallaha Ma'ana.


Ayat Quran tersebut seolah-olah terjelma di saat yang paling tepat.

Katanya,

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.


Demikian sabda Rasulullah dalam kisah yang diungkapkan mengenai cabaran yang ditempuhi Baginda bersama Abu Bakar as-Siddiq.

Saya akui, saya orangnya, memang paling cepat ditikam EMOsi. Sedikit cabaran sahaja mampu menoreh jiwa dengan begitu pedih sekali. Saya akui segala pencarian inspirasi ini juga supaya saya dapat meragut fokus saya daripada kecamukan minda dan jiwa. Alunan Kasih ternyata merupakan satu sumber untuk 'menyibukkan' diri. Dan memang tepat sekali apabila sabdanya itu menyapa saya dengan bicara yang JELAS. Lalu saya bayangkan, alangkah baiknya jika dapat saya rasakan ketabahan yang ada pada diri Baginda itu dan menguasai diri akan Bangkit lebih tegar lagi, mematikan segala perasaan remeh! Ketabahan atas dasar keyakinan bahawa Allah bersamanya dan segalanya pasti dapat dilalui.

Dan pencarian saya untuk lebih mengenali Baginda juga telah menemukan saya dengan kelembutan dan kasih sayang Baginda yang tidak pernah lekang biarpun berhadapan dengan dugaan yang Begitu Hebat. Baginda tidak melatah dan dikuasai emosi meskipun terhadap musuh-musuhnya yang nyata- bicaranya dan tingkah lakunya sentiasa indah. Alangkah baiknya jika kita juga dapat mencontohinya. Ini tidak, macam saya ini, cabaran setotetlet pun, sedih macam nak rabak, macamlah satu dunia bersalah.

Lalu tercetusnya inspirasi di situ. Kebetulan pula tema Maulidur Rasul tahun ini: Berdaya Tahan Menghadapi Cabaran. Dan tema Cinta. Saya lalu mengadunkan semuanya agar dapat melorekkan tentang kesucian Cinta Baginda, yang tidak goyah biar apapun dihadapinya.

Memang tidak dinafikan juga, saya tercari-cari akan keistimewaan yang harus ada pada lirik-lirik lagu. Sebagai peminat Siti, saya kagum dengan lirik-lirik lagunya yang begitu mendalam dan menyentuh penghayatan pendengarnya (hehe sempat eh). Tetapi sebagai percubaan pertama, memang tidak mudah, hasrat saya Hanyalah untuk mencipta lirik yang menepati apa yang diperlukan dan yang lebih penting lagi, ianya harus datang dari hati saya. Dan ternyata Permata di Jiwa terlahir semata-mata atas kurniaan ilham dariNya yang hadir seiring dengan pencarian ketenangan saya itu.

Namun segala pengalaman menghasilkan lirik lagu itu tidak mungkin Menjadi Kenyataan tanpa melodi dan penyanyinya. Siapa sangka, pengajian saya yang hampir ke penghujungnya ini ditemukan dengan kenangan manis dengan teman seperjuangan saya, Siti Aishah. Hasrat kami memang, 'cuba try' aja dan 'suka2'. Aishah mencipta melodi yang menggumamkan saya mendengarnya di telefon. Itu merupakan pengalaman indah yang tidak mungkin saya lupakan. Pertama kali menyaksikan hasil pena dilagukan siapa tidak akan tergumam kan?

Dan dengan jasa baik Aishah juga, telah diusahakan pembinaan semula melodinya oleh teman-teman Aishah, Jumady dan Khairul Anwar. Kemudian alunan mengasyikkan oleh Jumady, Khairul Anwar dan Khairul Ikhwan serta nyanyian merdu oleh Aishah sendiri telah melahirkan suatu hasil usaha yang, MasyaAllah, tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Apapun natijahnya nanti, jiwa saya setia menjadi saksi akan pengalaman manis menemukan Permata di Jiwa, yang kini telah bersinar cahayanya oleh teman-teman yang sungguh berbakat.

Oh terlupa nak kata tentang part 'Mengejutkan' itu. Hehe. Ya, saya masih terkejut dengan perealisasian cubaan ini. Tidak menyangka akan menyertai pertandingan ini sama sekali dan tidak menyangka akan dapat turut serta dalam peringkat saringan 10 tempat pertama. Kami sekumpulan terkejut tetapi juga gembira diberikan khabar baik tersebut. Kami bersyukur dikurniakan kesempatan ini dan Kagum dengan hasil peserta-peserta lain. Menjadi sebahagian daripada usaha murni ini sahaja sudah merupakan suatu rahmat dan nikmat tidak terduga. :)Memang tidak silap lagi betapa bijaknya langkah penganjur Maulidur Rasul kali ini. Usaha untuk memasyarakatkan dakwah bukan sahaja telah mendapat sambutan yang hangat tetapi juga membuktikan bahawa bakat seni dapat dimanfaatkan ke arah yang diharapkan dengan cara-cara sebegini. Syabas!

Sementara saya masih meneruskan perjalanan mencari sinar permata di jiwa saya, berikut saya titipkan bait-bait yang merungkai kenangan manis dan pengalaman tidak ternilai yang ingin saya abadikan. :)

Permata di Jiwa

Alunan kasihnya
menerangi gelita
Ulitan cintanya
menyinar cahaya

Adakah di hati
Terkadang dirundungi
Jalanan berduri
Usah didukai

Seandainya diselam katanya
Diuntai mutiara indahnya
Aturkanlah langkahmu
Dakap bicaramu
Terbelailah nalurimu

Bagaimanapun dugaan
hebat melanda
Tabah serta tegar
Gemalainya bicara
Kasih tiada fana
Terungkap sinarannya
Permata di jiwa

Tak pernah sekali
Gundah di kala diuji
Cinta terpateri
Ya Rabbul Izzati
Di hati

Biarkanlah segala lara
Cahayanya bakal tersua
Permata jiwa


---
Salam khayalz Karmila.



Sudahkah anda temui permata di jiwa?

http://alunankasih.info/lets-vote/ undi anda adalah rahsia! hehe

Labels:




Berfikir sejenak 7:26 PM :D



aKu

Khayalz

*hanya aku, jiwaku dan Dia*

"Duduk di atas batu seperti ini, dikitari sunyi dan derai angin,
gemericik air, suara belalang dan jangkerik,
aku merasa tengah duduk di atas singgahsanaku sendiri yang telah begitu kukenal.
Singgahsana dalam kerajaan khayal.
Singgahsana kemilau cahaya yang telah ditinggalkan oleh si buta
bersama rahsia kebebasan dan kemerdekaannya.
Pernahkah mereka berpikir bahawa semua anak punya rahsia itu adalah kerajaan megahku,
di mana dapat kuperintah segenap pasukanku dengan kuasa dan kemampuanku dalam meniru kebijaksanaan Ratu Balqis?"
.:Perempuan Berkalung Sorban:.

::Khatulisjiwa::

Suatu penelusuran madah bicaraku, merentasi sempadan khatulistiwa jiwa
Biar pengalaman diriKu menjadi saksi


Santapan minda


Mawar Shafie
Isa Kamari
Marsli N.O
Cikgu Pitchay Gani
Teratak Anna Abadi




Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com