Khatulisjiwa Khayalz



Wednesday, December 03, 2008


Muallaf 3 Disember 2008 Picturehouse Cathay Dhoby Ghaut, 11.10am

Ajakan untuk menonton filem ini sememangnya tidak dapat saya lepaskan begitu sahaja. Sekalipun dalam keadaan yang tidak begitu sihat. Saya dan Zt sempat menonton filem ini pada hari terakhir ianya ditayangkan iaitu pada hari ini, Rabu, 3 Disember.

Sebelum saya menonton filem ini, minda saya berteka-teki akan paradigma yang bagaimana yang mungkin ditampilkan Yasmin Ahmad kali ini. Seperti tayangan-tayangan yang sebelumnya, saya menjangkakan sesuatu yang berani dan lain daripada yang lain. Sejujurnya, saya tidak berapa gemar dengan Sepet dan Gubra. Mungkin kerana saya tidak benar-benar menonton filem-filem itu dengan sempurna. Hanya sekadar menonton sedikit-sedikit sahaja apabila rumah yang dikunjungi semasa hari raya atau rancangan televisyen menayangkannya. Dan dengar kata Mokhsen merupakan satu filem yang baik namun saya masih belum berkesempatan untuk menontonnnya. Justeru apabila peluang untuk menonton Muallaf tiba, saya segera menyambutnya.

Daripada tajuknya sendiri, saya tertanya-tanya siapakah Muallaf yang dimaksudkan. Saya rasa ianya ditampilkan dengan satu intepretasi yang berkesan. Iaitu akan pertemuan sesuatu pencarian. Watak utama Rohani misalnya bertemu dengan ketenangan yang dicarinya pada akhir filem tersebut, Brian bertemu dengan pencariannya tentang agama sementara bapa Rohani mungkin bertemu dengan erti Islam yang sebenar dalam dirinya.

Saya terpegun dengan cara Rohana, adik Rohani, dan juga Rohani sendiri, yang berupaya mengungkap ayat-ayat dari Bible, Al-Quran dan kitab-kitab agama lain dengan mudah. Saya terpegun dengan penghayatan mereka terhadap agama. Bagaimana mereka menyambut panggilan solat tanpa lengah dan kesungguhan mereka untuk menelaah dan menggunakan pengetahuan mereka dengan agak baik.

Apa yang saya raih melalui filem ini ialah tentang erti Usaha. Usaha dalam pencarian hidup kita hingga akhirnya bertemu apa yang dicari. Jika jalannya ke arah kebaikan dan kita jujur pada diri dan menggunakan jalan yang baik juga, ya mungkin satu hari akan bertemu juga dengan pencarian tersebut.

:)

Labels:




Berfikir sejenak 4:03 PM :D



aKu

Khayalz

*hanya aku, jiwaku dan Dia*

"Duduk di atas batu seperti ini, dikitari sunyi dan derai angin,
gemericik air, suara belalang dan jangkerik,
aku merasa tengah duduk di atas singgahsanaku sendiri yang telah begitu kukenal.
Singgahsana dalam kerajaan khayal.
Singgahsana kemilau cahaya yang telah ditinggalkan oleh si buta
bersama rahsia kebebasan dan kemerdekaannya.
Pernahkah mereka berpikir bahawa semua anak punya rahsia itu adalah kerajaan megahku,
di mana dapat kuperintah segenap pasukanku dengan kuasa dan kemampuanku dalam meniru kebijaksanaan Ratu Balqis?"
.:Perempuan Berkalung Sorban:.

::Khatulisjiwa::

Suatu penelusuran madah bicaraku, merentasi sempadan khatulistiwa jiwa
Biar pengalaman diriKu menjadi saksi


Santapan minda


Mawar Shafie
Isa Kamari
Marsli N.O
Cikgu Pitchay Gani
Teratak Anna Abadi




Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com