Yang menjadikan aku gila itu
segalanya kerana naluri semulajadi
seorang wanita yang tidak bisa berbicara dengan kata-kata
Berpijak di bumi yang nyata
menyedarkan bahawa kewarasan menjadikan dunia
ternyata tidak serumit itu
jika sesuatu itu terasa sukar
berserahlah
mintalah kepadaNya
agar dilindungi dari musibah
diberikan pertolongan dan petunjuk tiada terputus
dan kepada mereka yang memandang sebelah mata
renung tepat ke mata mereka
dan katakan
Peduli Apa
bila yang berkuasa itu
hanya diriNya
yang lain
tidak bermakna apa-apa
syukur kerana bersamaNya
aku masih mampu mewaraskan diri yang hampir gila
dek pandangan mereka-mereka yang sememangnya sudah gila
Alhamdulillah
Berfikir sejenak
3:04 PM :D