Tanpa selindungKEBENARAN ialah KEBAHAGIAN kerna ia membawa ketenangan.
Hadiahkanku kebenaran sejujurnya dari hatimu
sekalipun ia satu-satunya hadiah yang paling menyakitkan darimu
Dengan segala pohonan maaf di atas keterlanjuran kata-kata
Berkali-kali ku katakan, aku begini, kau tentu faham
Telah ku kuntumkan kasih sayang yang tulus
ku perlihatkan kepadamu
Kasih sayangku BUKAN percuma
Memang seikhlasnya sebuah persahabatan
tetapi tanpa penghargaan, ianya membuang masa
Asalkan kau tahu bahawa aku begini apa adanya
Tidak pernah niat untuk berselingkuh tetapi Aku wanita, kita manusia dan kita hidup di dunia Jangan membuang masa, kita perlu membuka mataAku begini dan kau begitu
Baik buruk yang menyempurnakan, kita yang bergelar
MANUSIA
Baik buruk yang jika tidak dapat kita terima,
bererti mungkin tiada serasilah kita
Kita lemah dan kita perlu belajar menjadi lebih baik
aku boleh terima tetapi fikirlah sedalam-dalamnya
jika belum pernah kau fikir
sama ada kau boleh terima
TERSERAH
Tuhan menentukan, memang.
Tetapi kita sebagai manusia, perlu merancang.
Orang yang gagal merancang, merancang untuk gagal.
Kita berbeza tetapi kita manusia
punya bicara
Berbicaralah dari hatimu
SeJujurnya
Berfikir sejenak
8:48 AM :D