Khatulisjiwa Khayalz



Friday, July 02, 2010


aku mau jadi
setepatnya yang kau mau
bakti dan diri
sepenuh hati
tiada berbelah bagi

sempurna ialah
mustahil
tetapi kurang lebihku
walau bagaimana
adalah demimu
semata-mata

jika kau berubah
aku juga mau turut
berubah
agar selamanya
kita tenang bersama

jika kau marah
biarkan aku lenyapkan
amarahku
terus
agar marahmu
menjadi hadiahku

jika kau sakit
biarkan aku merana
kerna aku lebih rela
dimamah sengsara
asalkan di sisimu
tiada derita

jika kau sedih
biarkan aku yang menangis
kerna tangismu
mengelar jiwaku
tiada tara

jika sikapku jijik
biar aku dihukum dan
herdiklah aku semahumu
kerna kekuranganku
layak dikejutkan
agar ia pecut dan sirna

jika wajahku jelek
izinkan air mata kesal ini
membasuh segala noda
agar keindahan yang tercipta
kelihatan jua
kerna ia milikmu saja

banyak kata yang tidak terucap
banyak jua yang tidak terlaksana
banyak tidak dapat ku beri
tapi yang ku tahu
impianku
hanya bahagiamu
kasihmu
ialah harapanku
kata-katamu
ialah semangatku
hidupmu
ialah nyawaku
senyummu
ialah hayatku
dirimu
ialah segalaku

biarkan segala rasa
nyahkan apa jua
kata-kata
kerna erti hidupku
hanya diriMu
sampai bila-bila

kerna memang
aku mau jadi
setepatnya
yang Kau mau



Berfikir sejenak 4:03 PM :D



aKu

Khayalz

*hanya aku, jiwaku dan Dia*

"Duduk di atas batu seperti ini, dikitari sunyi dan derai angin,
gemericik air, suara belalang dan jangkerik,
aku merasa tengah duduk di atas singgahsanaku sendiri yang telah begitu kukenal.
Singgahsana dalam kerajaan khayal.
Singgahsana kemilau cahaya yang telah ditinggalkan oleh si buta
bersama rahsia kebebasan dan kemerdekaannya.
Pernahkah mereka berpikir bahawa semua anak punya rahsia itu adalah kerajaan megahku,
di mana dapat kuperintah segenap pasukanku dengan kuasa dan kemampuanku dalam meniru kebijaksanaan Ratu Balqis?"
.:Perempuan Berkalung Sorban:.

::Khatulisjiwa::

Suatu penelusuran madah bicaraku, merentasi sempadan khatulistiwa jiwa
Biar pengalaman diriKu menjadi saksi


Santapan minda


Mawar Shafie
Isa Kamari
Marsli N.O
Cikgu Pitchay Gani
Teratak Anna Abadi




Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com